♥ Legoland yang pertama di Asia. Bunyinya memang menarik, tapi yang paling menarik ialah ia akan ada di Malaysia! Selepas tengok M3 malam ni, aku mahu berkongsi sedikit maklumat tentang Legoland Malaysia yang aku lihat di tv dan juga google sedikit lagi maklumat tambahan.
Fakta penting:
Merupakan yang pertama rantau Asia!
Taman tema Legoland yang ke-5 di dunia.
1.2 juta pelancong dijangka melawat Legoland Malaysia pada 2012.
Lebih 4,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan.
20% dimiliki oleh Merlin dan 80% oleh Pelaburan Iskandar.
Merupakan salah satu projek taman tema di Iskandar Malaysia.
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia berlokasi di selatan Malaysia iaitu di utara Medini, Wilayah Pembangunan Johor. Ia dijangka dibuka secara rasmi pada April, 2012 nanti, setahun awal daripada jangka waktu asal. Kos pembinaan ini adalah sebanyak sekitar RM 750 juta (S$ 311 juta). Ia dibina di atas keluasan 28 hektar tanah. Projek ini telah bermula pada Mac 2010 dan dijangka siap pada suku pertama 2012. Iskandar Pelaburan Berhad (IPB) telah membuat perjanjian dengan Merlin Entertainments (Merlin) pada Disember tahun lalu bagi membangunkan Legoland di Malaysia. Legoland Malaysia merupakan Legoland yang ke-5 selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Jerman). IPB sedang merancang membina 3 taman tema di Iskandar Malaysia termasuklah taman tema Legoland ini.
Tarikan Legoland
Ia merupakan satu projek pembangunan bersepadu yang merangkumi taman hiburan untuk seisi keluarga, termasuk universiti, taman tema, bangunan pejabat dan juga hotel. Yang menarik lagi, bagi menjalankan pembinaan ini, faktor iklim diambil kira dan disesuaikan dengan keadaan iklim tropika di Malaysia. Sebagai langkah melindungi alam sekitar, cerun bukit akan dikekalkan bagi meminimumkan pemotongan bukit. Sementara itu, lebuhraya yang dijangka siap pada 2011, lebuh raya pesisir pantai, ia hanya akan menghubungkan 5 minit jarak ke Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua). Ini bakal menarik minat pelancong Singapura untuk datang ke bandar ini. Tambahan lagi, Singapura rancak mewujudkan Universal Studio di Sentosa yang sudah pastinya mewujudkan persaingan. Dengan itu, ini juga boleh menarik minat pelancong yang datang melawat US untuk ke Legoland di JB. Yang pastinya, kedua-dua taman tema ini memberikan kepuasan yang berbeza kerana ia dua produk yang berbeza.
Antara dua contoh daripada lima Legoland sedia ada:
Legoland Deutschland (Jerman)
Legoland Billund (Denmark)
Sumber:www.iskandarmalaysia.com.my,www.straitstimes.com &www.google.com/images ♥


6 comments:
wah! bestnyer.... cantik btol..
@NI
Tak sabar 2012! (:
sungguh unik..:)) rasa nk pgii tengok je;))
@FLM
Kat mesia 2 thn agi! (:
wah.. bestnya.. kalau tau nak buat kat malaysia, tak payah saya pegi legoland kat london aritu :)
@Bunga
Ye ker. Tape, laen tmpat,
lain rasa, kan (:
Post a Comment